♥ - LIKE KAT SINI LAH - ♥

Followers

Sunday, November 29, 2015

Suka

Assalamualaikum.

Kalau berborak pasal perasaan ni macam seronok sangat rasa macam nak taip macam-macam dalam kotak penulisan ni. Nasib baik blog, bukan diari. Tapi macam diari je? Ok tak, malas merapu. Tak suruh merapu pun kan? Huhu.

Suka, biasanya ayat cliche "suka untuk semua orang, sayang untuk semua, cinta untuk awak sorang" alololo, berbunga betul dulu kalau dapat ayat macam tu. Cliche sangat ayat tu, sampai ramai guna macam mana nak beza kan suka sayang dan cinta (padahal diri sendiri pun guna) Huhu.

Suka, dari suka boleh jadi addicted. Contoh, suka kan something and make it as a hobby? Oklah, boring cakap pasal hobby macam cipta karangan sekolah. Oklah, suka kan someone. As a girl, well kita akan rasa minat suka dekat someone. I mean minat. Eh bukan i mean suka? Well, suka. suka macam sekali pandang dah suka. Well, suka ada banyak jenis kot bagi i?

Seronok suka dekat semua orang ni, tapi rasa tak seronok bila kita tiba-tiba orang tak suka. Kadang-kadang, takpernah kenal pun, tapi terdengar-dengar pula orang tak suka kita. Silap juga, orang lain, kenapa senang sangat tak suka orang before kenal? Kadang-kadang, orang tak rapat ni la paling pelik kenapa taksuka.

Tapi bila fikir balik, orang yang betul-betul rapat pun tak suka kita. Well, walhah diri sendiri pun ada taksuka orang lain. Tapi tetap diam dan bisukan mulut sebelum kenal. Bukan nak cakap diri sendiri ni, baik macam malaikat, tapi bila diri sendiri biasa dan faham apa rasa bila diperkata-katakan. Kita nak bercakap pasal orang pun fikir balik apa akan jadi.

Duduk mengumpat orang pun, rasa bersalah. Dalam konteks ni, bukan nak timbulkan kebaikan diri, tapi sebagai manusia, sebelum nak bercerita buruk tentang orang lain. Rasa la takut sikit bila orang lain mengata kita. Kita jumpa orang ni, kita suka bercakap keburukan oran pada orang, seterusnya orang tersebut sampaikan pada orang baru dan seterusnya cerita itu berjalan.

bayangkan cerita kita berjalan tanpa berhenti dalam mulut kemulut. Pedihnya hati luluhnya jiwa. Kalau kebaikan yang disampaikan, bersyukur. Kalau hitam disampaikan, remuk hati.

Suka, bukan sahaja tentang cinta, malah perkara hitam juga dikaitkan suka

Maaf jika tersalah bicara.

Fika Bono 

No comments:

Post a Comment