♥ - LIKE KAT SINI LAH - ♥

Followers

Saturday, November 28, 2015

Rimas

Rimas.

Rimas jugak sebenarnya kalau dibelenggu masalah setiap masa.. Cari jalan, tak jumpa. Cari jalan, tak jumpa. Sampai satu masa tu frust sangat. Kene pula hadap manusia-manusia yang tak memahami. Biasalah, masalah kita takkan ada orang lain akan faham. Kita hadap, kita faham, kita selesai.

Berdiam, dan biarkan masalah tersebut bukanlah satu jalan penyelesainya yang patut kita pilih. Sebab, duduk main je dalam otak ni. Duduk jalan sana- sini pun, macam pikul masalah tu. Nasib baik, Allah cipta permandangan indah, suasana indah supaya kita terokai. Duduk pandai pokok, sengih soang-sorang pun boleh tenang kepala sebab kehijauan dia tu tenang. Hebat betul Allah cipta.

Tapi zaman sekarang, pokok cantik ke tak cantik ke semua tetap cantik. snap-snap post ig (Instagram) biasalah art in flash orang kata. Hehe.

Duduk cakap pasal rimas, lagi rimas bila manusia suka mendesak kita. Terutamanya soal perasaan atau keadaan. Benda-benda mendesak ni memang paling rimas sekali, nak fikir pun tersekat-sekat rasa perjalanan otak. Macam kita bawak kereta, pastu sangkut jammed.

Jadilah manusia paling menyenangkan, untuk family dan kawan-kawan. Bukan nak kata, diri sendiri baik, tapi dalam membuat orang lain rimas, fikir juga apa kesan akan datang.

Harini buat orang senang, insyaAllah esok orang buat kita tenang.
Fika Bono 

No comments:

Post a Comment