♥ - LIKE KAT SINI LAH - ♥

Followers

Saturday, June 11, 2016

mimpi.

harini bono bosan and baring  atas katil mimpi hantu chiaaaa chiaaa

Monday, November 30, 2015

Gembira

Assalamualaikum,

Simple je kan tajuk? Harini rasa macam happy sikit. Tiba-tiba harini nak cerita pasal diri sendiri punya kegiatan. Buat apa, kemana, dengan siapa, macam mana, happy tak, okay tak? Sebab asyik update pasal perasaan bla-bla-bla. Jadi lari sikit. Esok kita sambung benda-benda menyentuh.

Harini, bangun pagi settle lesen motor. Ya ampun ya tohan, boleh faham kan macam mana rasanya selesaikan lesen motor? Dia punya peluh tak payah cakap. Berjeruk ketiak kepala semua tapi inilah perjuagan seorang wanita dalam mengambil lesen motor! Boleh rempit lepasni, okay gurau je. Selesai lesen, esok pergi lagi gais. Takpe, inilah pergorbanan ketika cuti semester.

Seterusnya, berjalan dengan mama tersayang. Makan sana, makan sini. Makan angin situ, makan angin sana. Seronok sebenarnya, dapat luangkan masa dengan orang tersayang tanpa ganggu orang luar. Lagi-lagi 'mama' kan?

Paling seronok, Zoo Teruntum Kuantan, Korang mesti pergi sebab dah banya aktivit menarik dekat sana. Yang minat bergambar pun, mesti seronok pergi sana.

Then, lagi-lagi seronok pergi Mr. DIY! macam orang tak tentu arah duduk grab sana grab sini. Sebab seronok sangat shopping dekat sana. Hiks


Lagi apa eh? ha sekalung tahniah untuk orang tersayang, sebab dapat berita gembira! (SY)
okay selamat malam!

Fika Bono

Sunday, November 29, 2015

Suka

Assalamualaikum.

Kalau berborak pasal perasaan ni macam seronok sangat rasa macam nak taip macam-macam dalam kotak penulisan ni. Nasib baik blog, bukan diari. Tapi macam diari je? Ok tak, malas merapu. Tak suruh merapu pun kan? Huhu.

Suka, biasanya ayat cliche "suka untuk semua orang, sayang untuk semua, cinta untuk awak sorang" alololo, berbunga betul dulu kalau dapat ayat macam tu. Cliche sangat ayat tu, sampai ramai guna macam mana nak beza kan suka sayang dan cinta (padahal diri sendiri pun guna) Huhu.

Suka, dari suka boleh jadi addicted. Contoh, suka kan something and make it as a hobby? Oklah, boring cakap pasal hobby macam cipta karangan sekolah. Oklah, suka kan someone. As a girl, well kita akan rasa minat suka dekat someone. I mean minat. Eh bukan i mean suka? Well, suka. suka macam sekali pandang dah suka. Well, suka ada banyak jenis kot bagi i?

Seronok suka dekat semua orang ni, tapi rasa tak seronok bila kita tiba-tiba orang tak suka. Kadang-kadang, takpernah kenal pun, tapi terdengar-dengar pula orang tak suka kita. Silap juga, orang lain, kenapa senang sangat tak suka orang before kenal? Kadang-kadang, orang tak rapat ni la paling pelik kenapa taksuka.

Tapi bila fikir balik, orang yang betul-betul rapat pun tak suka kita. Well, walhah diri sendiri pun ada taksuka orang lain. Tapi tetap diam dan bisukan mulut sebelum kenal. Bukan nak cakap diri sendiri ni, baik macam malaikat, tapi bila diri sendiri biasa dan faham apa rasa bila diperkata-katakan. Kita nak bercakap pasal orang pun fikir balik apa akan jadi.

Duduk mengumpat orang pun, rasa bersalah. Dalam konteks ni, bukan nak timbulkan kebaikan diri, tapi sebagai manusia, sebelum nak bercerita buruk tentang orang lain. Rasa la takut sikit bila orang lain mengata kita. Kita jumpa orang ni, kita suka bercakap keburukan oran pada orang, seterusnya orang tersebut sampaikan pada orang baru dan seterusnya cerita itu berjalan.

bayangkan cerita kita berjalan tanpa berhenti dalam mulut kemulut. Pedihnya hati luluhnya jiwa. Kalau kebaikan yang disampaikan, bersyukur. Kalau hitam disampaikan, remuk hati.

Suka, bukan sahaja tentang cinta, malah perkara hitam juga dikaitkan suka

Maaf jika tersalah bicara.

Fika Bono 

Saturday, November 28, 2015

Rimas

Rimas.

Rimas jugak sebenarnya kalau dibelenggu masalah setiap masa.. Cari jalan, tak jumpa. Cari jalan, tak jumpa. Sampai satu masa tu frust sangat. Kene pula hadap manusia-manusia yang tak memahami. Biasalah, masalah kita takkan ada orang lain akan faham. Kita hadap, kita faham, kita selesai.

Berdiam, dan biarkan masalah tersebut bukanlah satu jalan penyelesainya yang patut kita pilih. Sebab, duduk main je dalam otak ni. Duduk jalan sana- sini pun, macam pikul masalah tu. Nasib baik, Allah cipta permandangan indah, suasana indah supaya kita terokai. Duduk pandai pokok, sengih soang-sorang pun boleh tenang kepala sebab kehijauan dia tu tenang. Hebat betul Allah cipta.

Tapi zaman sekarang, pokok cantik ke tak cantik ke semua tetap cantik. snap-snap post ig (Instagram) biasalah art in flash orang kata. Hehe.

Duduk cakap pasal rimas, lagi rimas bila manusia suka mendesak kita. Terutamanya soal perasaan atau keadaan. Benda-benda mendesak ni memang paling rimas sekali, nak fikir pun tersekat-sekat rasa perjalanan otak. Macam kita bawak kereta, pastu sangkut jammed.

Jadilah manusia paling menyenangkan, untuk family dan kawan-kawan. Bukan nak kata, diri sendiri baik, tapi dalam membuat orang lain rimas, fikir juga apa kesan akan datang.

Harini buat orang senang, insyaAllah esok orang buat kita tenang.
Fika Bono 

Friday, November 27, 2015

Perbezaan.

Assalamualaikum.

Kita boleh nampak perubahan kita sendiri, dari hari ke hari.
Makin berhati-hati memilih jalan untuk hidup. kadang-kadang nak buat kuputusan tu ambik masa sampai 3 hari 3 malam sebab? memori tu mengajar kita supaya lebih memilih jalan putih dari jalan hitam. Bukan nak kata, zaman tak matang tu banyak jalan hitam yang dipilih, tapi zaman-zaman yang lepas merupakan zaman yang banyak kekeliruan dan selalu cuai dalam membuat keputusan. Seronoknya, zaman mula-mula kenal kebebasan dan kenal semua orang tpi bila petir menyambar kebahagian, semua hangus dan hilang.

Langkah demi langkah, jumpa macam-macam orang yang baik dan yang buruk, bukan la nak kata diri sendiri baik, diri sendiri ada juga hantunya, tapi kebanyakan manusia yang diri sendiri kenal, baik dihadapan gelak bersama tapi belakang ada juga membaling kaca dan menikam dibelakang. Inilah kehidupan. Sama macam cinta, erm cinta?

Bosan juga nak bercakap pasal cinta. Sebab dari dulu sampai sekarang. Amboi macam banyak je?
Okla tak, saje je. Cinta tu, alahai tak boleh jugak sebenarnya nak percaya 100% lagi-lagi yang baru berbulan-bulan menabur bunga. Bukan nak kata, semua lelaki tak boleh percaya. Tapi, sebagai perempuan berhati-hati kah juga, menyambut harapan.

Harapan, harapan ni macam tinggi gunung. Kadang-kadang takut nak pikul. Takut, takut kalau takjadi frust pula tertonggek-tonggek. Pernah jugak la, frust berbulan-bulan tanpa cinta. jangan cerita la, kalau kamu frust sebulan dua bulan dan ada cinta baru. Ada orang berbulan-bulan sampai tak sanggup terima cinta baru. Frust terjadi, bila terlalu berharap. Bila harapan terlampau tinggi sampai puncak, makan makin tinggi semangat. Bila harapan punah, mampus dekat situ sakit hati bercampur sebabk/

Sebak ni, rasa dia suam-suam sampai airmata jatuh tak berhenti-henti. Selalu sangat berharap, taknak patah balik macam dulu. Ada juga, menangis tapi tak ada lagi pasal cinta nak meroyan lebih-lebih sampai semua benda nak update.

Makin banyak kaut pengajaran; makin senang dimasa hadapan

Fika bono